Sinar Harian – Buah Zaitun, penawar untuk Ekzema, Psoriasis dan Kulit Bermasalah

Atopik dermatis (AD) atau dikenali juga sebagai sejenis penyakit radang kulit yang bercirikan ruam dan gatal yang kronik. Ia berpunca daripada abnormaliti atau ketidaksempurnaan pada sistem imun tubuh yang membawa pada kerosakan kulit terutama apabila pesakit mengaru secara berterusan.

Psoriasis bukan hanya sekadar penyakit kulit. Ia adalah penyakit Autoimun di mana sistem imun yang bercelaru menghantar isyarat mempercepatkan kitaraan pertumbuhan sel kulit. Manifestasi psoriasis adalah plak merah keradangan beserta sisik putih keperakan yang kelihatan pada kulit, namun punca sebenar penyakit ini adalah lebih mendalam.

Bagi kebanyakan pesakit, kesan psoriasis dan atopik ekzema adalah jauh lebih mendaklam daripada penderitaan fizikal, mereka juga boleh menjadi mangsa impak dari segi sosial dan emosi. Masalah psikologi boleh timbul daripada perasaan pesakit berkaitan dengan penampilannya, penolakan sosial, rasa bersalah dan perasaan malu pada diri sendiri dan keluarga.

Memandangkan psoriasis dan atopik ekzema dianggap sebagai kondisi sepanjang hayat yang buat masa ini tiada penawar khusus mengubatinya, kebanyakan pilihan rawatan bertujuan untuk mengurusankan gejala berkaitan. Krim steroid secara lazimnya digunakan. Selain itu, terdapat juga ubat yang perlu di minum dan suntikan yang perlu diambil untuk mengurangkan gejala. Sesetengah ubat boleh melibatkan kos beberapa ribu ringgit setiap minggu. Keberkesanan ubat ini berbeza di kalangan individu dan keselamatan penggunaanya serta penggunaan jangka panjang harus dipertimbangkan disebabkan potensi kesan sampingan mereka.

Sementara ramai yang berfikir hanya ubat-ubatan kimia sebagai pilihan untuk menguruskan psoriasis dan atopik ekzema, para saintis telah menemui rahsia yang terletak di dalam alam semula jadi kita, iaitu secara khususnya buah zaitun. Hydroxytrysol, molekul ajaib yang didapati dengan banyaknya di dalam jus buah-buahan zaitun, didapati mempunyai ciri-ciri anti-radang semulajadi. Dengan menyekat pengeluaran dan penghasilan sitokin pro-radang seperti TNF-a, NKT, iNOS dan COX-2, hydroxytrysol mengurangkan keradangan dan memperbaiki simptom psoriasis dan atopik ekzema.

Selain daripada itu, ramai penyelidik percaya bahawa tekanan oksidatif adalah penyebab yang mendasari setiap penyakit autoimun, termasuk psoriasis dan atopik ekzema. Beberapa kajian juga telah mendokumentasikan hakikat bahawa punca penyakit autoimun adalah tekanan oksidatif. Oleh itu, suplemen antioksida amat sesuai untuk pesakit yang menghidap psoriasis.

OLIVENOLTM plus+ satu formulasi jus buah zaitun yang dipatenkan, selain mengeluarkan unsur anti-radang, juga bertindak sebagai antioksidan yang hebat. Kesan OLIVENOLTM plus+ pada pesakit yang mengalami gangguan kulit yang teruk termasuk psoriasis, atopik ekzema dan dermatis seborea, telah dinilai di dalam percubaan  klinikal yang dijalankan oleh Institut Tokyo di Jepun. Keputusan menunjukkan  peningkatan dramatic pada bahagian-bahagian pesakit seperti kaki, lengan, tangan, kaki dan muka dalam masa 60 hingga 90 hari. Pengurangan plak dan luka-luka psoriatic juga dapat dilihat. Keadaan yang sama juga

Setelah berada di Malaysia selama lebih daripada enam tahun, puluhan ribu orang kini mendapat manfaat daripada pelbagai pematenan dan pelbagai tindakan OLIVENOLTM plus+ setiap hari. Anak kepada Jenny Ng dan Khor, adalah dua contoh terbaik.

Careline Pelanggan: +60377263161